Bahan-bahan-
1 cawan nasi yang dah masak
1 1/2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1/2 sudu kecik yis
pewarna yang disukai
Cara-
Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur .
Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu, kemudian digaul sebati dengan gula dan yis.
Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung tadi, digaul sehingga sebati.
Sebelum perap, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna, selepas itu letak pewarna dan gaul sebati.
Perap selama 3-4 jam. Masukkan dalam acuan yang disukai, kemudian baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan. Acuan kecik kukus dlm 10-15minit. Acuan besar kukus selama 30-40minit.